Monday, June 28, 2010

How to upgrade phone spiker


Upgrade Your Phone Spiker now!..

Wednesday, June 16, 2010

Sejarah Piala Dunia





   
  Piala Dunia FIFA, atau lebih mudah dirujuk sebagai Piala Dunia adalah kejohanan bola sepak lelaki antarabangsa yang disertai negara yang menjadi ahli Federation Internationale de Football Association (FIFA), iaitu badan berkuasa bola sepak dunia.
Lazimnya, kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sekali, yang mana kejohanan kali pertama diadakan pada tahun 1930, kecuali pada tahun 1942 dan 1946 apabila kejohanan tidak dipertandingkan atas sebab Perang Dunia Kedua yang meletus pada ketika itu.
Format kejohanan semasa melibatkan 32 pasukan yang bersaing untuk kejuaraan di venue negara penganjur sepanjang tempoh sekitar sebulan. Fasa ini juga dikenali sebagai Pusingan Akhir Piala Dunia. Pada pusingan kelayakan, tempoh lebih daripada tiga tahun diambil untuk menentukan pasukan negara mana yang layak untuk bersaing ke pusingan akhir bersama negara penganjur.
Piala Dunia adalah kejohanan sukan yang paling ditonton ramai di dunia, dengan jangkaan 715.1 juta orang menyaksikan perlawanan akhir tahun 2006.
Apa yang jelas, sepanjang 18 kali kejohanan yang telah diadakan tujuh negara pernah memenangi kejohanan.
Brazil adalah negara tunggal yang
bermain dalam setiap kejohanan dan memenangi Piala Dunia dengan rekod sebanyak lima kali.
Manakala Itali pula adalah pasukan juara yang bertahan dan memenangi kejohanan sebanyak empat kali dan diikuti oleh pasukan Jerman dengan tiga kali. Negara lain yang pernah memenangi kejohanan adalah Uruguay, pemenang kejuaraan sulung, dan Argentina dengan dua kali kemenangan. Manakala England dan Perancis, masing-masing sekali.
Piala Dunia yang berikutnya akan diadakan di Brazil pada tahun 2014.



 





Bekas striker England Alan Shearer kecewa melihat persembahan lembap Wayne Rooney menentang AS.

Bekas striker England Alan Shearer dikecewakan oleh persembahan yang ditunjukkan oleh Wayne Rooney ketika menentang Amerika Syarikat.

"Kami tidak melihat Rooney yang sebanar pada mala Sabtu," Shearer menulis kolumnya di salah sebuah surat khabar terkemuka England.

"Bagaimana pun pada peringkat ini, ia tidak banyak membinggungkan saya, tapi pertanyaannya...kenapa? 

"Saya rasa ia disebabkan, sebahagian oleh anginnya, tapi selebihnya itu taktikal.

"Dalam pembinaan perlawanan, kebanyakan tumpuan difokus pada Wayne dan dia terpaksa mengawal anginnya, tidak membantah keputusan pengadil dan mengelakkan dari melakukan cabaran bahaya - semua ini penting.

"Saya pasti ia bukan untuk jangka masa panjang, tapi dia terkekang kerana secara separa sedar dia terdesak untuk mengawal kelakuannya.   

"Rooney perlu bermain dengan api dalam perutnya."
Capello akan memilih penjaga golnya dua jam sebelum sepak mula Jumaat ini.

Fabio Capello tidak membuat keputusan siapa akan menjadi orang yang berdiri di tengah-tengah gawang gol England, tapi Robert Green mendapat berita baik kerana pengurunya lebih menyalahkan bola berbandingnya yang menyebabkan mimpi ngeri Sabtu menentang AS.

Capello, seperti biasa akan mengumumkan pemain kesebelasannya dua jam sebelum perlawanan. Bagaimana pun para pemain berharap keputusan Capello itu datang lebih awal. Sumber dari kem England menegaskan bahawa Capello tidak akan melakukan perubahan besar atas barisan pemain yang dia rasa terbaik.  

Ia bermaksud Green, Joe Hart dan David James akan berlatih tanpa mengetahui siapa akan menjadi nombor satu yang akan bermain dalam perlawanan Piala Dunia yang pasti hendak dimenangi England. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Capello, dia lebih cenderung untuk mengkritik bola Jabulani berbanding kesilapan yang dilakukan oleh Green.

Capello kecewa kerana pemainnya tidak diberi cukup masa untuk membiasakan diri dengan bola baru itu. Dia mengaku bahawa penjaga golnya ialah antara 'mangsa' bola berkontroversial itu.

Penjaga gol Inter, Julio Cesar yakin dengan prospek menjulang Piala Dunia bersama Brazil.

The Selecao sememangnya menjadi pasukan pilihan untuk memenangi trofi tahun ini. Selepas hampa pada tahun 2006, Julio Cesar menegaskan bahawa anak buah Carlos Dunga kini bersiap sedia untuk menaikkan kembali status mereka sebagai pasukan terbaik dunia.

"Dia menaruh kepercayaan yang besar dan saya pasti boleh menang kerana kami pasukan yang sangat kuat."

Julio Cesar terikat dengan Inter sehingga tahun 2014 dan menurutnya, sebaik sahaja kontraknya tamat, dia akan kembali ke Brazil kerana rindukan keluarganya.




   

Manchester City bersedia membuat pembelian £40 juta untuk pasangan pemain Benfica, Angel di Maria dan Oscar Cardozo.

Duo dari Amerika Selatan ini hampir pasti akan meninggalkan Lisbon musim panas ini dan mereka menjadi perhatian banyak kelab ternama dunia.

Pengarah teknikal City, Mike Rigg memberitahu mereka ialah antara pemain sasaran yang mungkin akan ke Eastlands pada musim panas ini.

Di Maria, 22, pemain sayap Argentina cemerlang untuk Benfica sewaktu menentang Everton pada awal musim ini dan dijangka akan menyinar di Piala Dunia.

Cardozo, 26, memiliki rekod jaringan yang cemerlang musim ini dan jelas mengenai City menerusi rakan baik dan seposisinya dalam skuad Paraguay, Roque Santa Cruz.

Harga £40 juta yang diletakkan oleh Manchester City tidak akan menjadi masalah untuk City, lebih-lebih lagi jika mereka layak ke Liga Juara-juara.



Oscar Cardozo.





Lionel Messi = Argentina?

Diego Maradona mendedahkan plan besar Piala Dunia Argentina...hantar bola kepada Lionel Messi dan harapkan terbaik darinya. 

Bintang Barcelona Messi 'menaniayai' Nigeria Sabtu lalu dan pengurusnya Maradona berkata: "Bola sepak jadi tak menarik jika anda tidak saksikan Messi melakukan aksi-aksi gila. Saya mahu bola sentiasa berada di kaki Messi."

Messi, pada suatu ketika menjadi sasaran lampu suluh laser berkuasa tinggi dari kelompok penonton di stadium, memuji penjaga gol Nigeria Vincent Enyeama yang berjaya menghalang enam percubaannya ke atas gawang gol.  

Dia berkata: "Penjaga gol luar biasa baiknya dan saya ucapkan taniah kepada beliau. Perkara yang penting di sini ialah kami berjaya mencipta peluang. Kami gembira dengan prestasi kami.

"Sebelum saya datang ke Afrika Selatan, saya berjanji dunia akan menyaksikan pasukan Argentina yang berlainan sekali. Saya tahu, kami tak main dengan baiknya di pusingan kelayakan, tapi kami menjadi lebih kuat sekarang."

Penjaga gol Nigeria Enyeama mendedahkan bahawa dia membuat persediaan dengan menonton aksi Messi di TV. "Saya menonton aksi Messi untuk agak lama. Dari permainannya di La Liga, saya beroleh info yang berguna sebelum permainan diadakan," katanya.

"Ia merupakan persembahan terbaik saya, bermain menentang pemain terbaik dunia."