Wednesday, June 16, 2010

Torres Jadi Sasaran Barcelona





   
Bekas striker Atletico Madrid Torres pernah berkata bahawa Barca ialah satu-satunya kelab Sepanyol yang dipertimbangkannya.

Gergasi Sepanyol Barcelona bersedia melancarkan bidaan untuk mendapatkan striker Liverpool Fernando Torres.

Presiden baru Barca Sandro Rosell berazam untuk membawa £70 juta Torres ke Nou Camp, sungguhpun dia akan menghadapi saingan daripada Chelsea dan Manchester City.

Dalam pada itu, ia juga menjejaskan percubaan Barcelona untuk mendapatkan kapten Arsenal Cesc Fabregas kerana Rosell nekad untuk membawa masuk Torres tanpa mengira kosnya. Untuk mendapat kedua-dua pemain ini, Barca terpaksa bergelut untuk mengumpul dana itu. 

Rosell tegas bahawa Fabregas masih sasaran yang lebih diutamakan tapi dia turut mengagumi Torres dan mempunyai hubungan yang baik dengan striker Internasional Sepanyol itu. Ia menjadi kelebihan Barcelona untuk bersaing dengan kelab English.

Krisis pengurusan yang berlaku di Anfield telah menjadikan masa depan Torres dan Gerrard satu pertanyaan. 
Bos Real Madrid Jose Mourinho menyatakan minatnya untuk mendapatkan Gerrard.

Sementara Liverpool sibuk mencari pengganti Rafa Benitez, pada masa yang sama terpaksa bergelut untuk mengekalkan Torres dan Gerrard.

No comments:

Post a Comment