Wednesday, June 16, 2010





Ronaldo menyeru para pengadil agar melindunginya dari dikasari.

Cristiano Ronaldo menyeru para pengadil agar memberi lindungan kepadanya kerana bintang Portugal itu percaya bahawa dia telah menjadi sasaran untuk dikasari lawan.

Wira Real Madrid itu mendakwa kad kuning dari pertembungnya dengan pemain pertahanan Ivory Coast Guy Damel adalah hukuman yang terlalu keras. 

"Pengadil harus melindungi pemain yang lebih berkemahiran apabila dikasari oleh lawan," kata Ronaldo.

"Salah seorang dari pemain mereka mengasari saya separuh masa pertama dan saya diberi kad kuning kerananya. Saya tidak faham. Apabila tiga pemain mengepung saya, kad itu dituju kepada saya pula, itu tidak adil.

"Kadang kala ia kecewakan saya apabila pengadil meniupkan wisel kerana mereka sangka saya 'dive'."

Pengurus Portugal Carlos Queiroz turut menyokong pemain bintangnya. Dia meragui keputusan pengadil dan menyifatkannya keputusan itu sebagai tidak munasabah. 

"Mereka tidak lagi memberi lindungan kepada pemain yang berbakat.

"Pemain Ivory Coast melakukan rebutan yang kasar.

"Ronaldo ialah mangsa keputusan buruk itu."

No comments:

Post a Comment