Wednesday, June 16, 2010

Sejarah Piala Dunia





   
  Piala Dunia FIFA, atau lebih mudah dirujuk sebagai Piala Dunia adalah kejohanan bola sepak lelaki antarabangsa yang disertai negara yang menjadi ahli Federation Internationale de Football Association (FIFA), iaitu badan berkuasa bola sepak dunia.
Lazimnya, kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sekali, yang mana kejohanan kali pertama diadakan pada tahun 1930, kecuali pada tahun 1942 dan 1946 apabila kejohanan tidak dipertandingkan atas sebab Perang Dunia Kedua yang meletus pada ketika itu.
Format kejohanan semasa melibatkan 32 pasukan yang bersaing untuk kejuaraan di venue negara penganjur sepanjang tempoh sekitar sebulan. Fasa ini juga dikenali sebagai Pusingan Akhir Piala Dunia. Pada pusingan kelayakan, tempoh lebih daripada tiga tahun diambil untuk menentukan pasukan negara mana yang layak untuk bersaing ke pusingan akhir bersama negara penganjur.
Piala Dunia adalah kejohanan sukan yang paling ditonton ramai di dunia, dengan jangkaan 715.1 juta orang menyaksikan perlawanan akhir tahun 2006.
Apa yang jelas, sepanjang 18 kali kejohanan yang telah diadakan tujuh negara pernah memenangi kejohanan.
Brazil adalah negara tunggal yang
bermain dalam setiap kejohanan dan memenangi Piala Dunia dengan rekod sebanyak lima kali.
Manakala Itali pula adalah pasukan juara yang bertahan dan memenangi kejohanan sebanyak empat kali dan diikuti oleh pasukan Jerman dengan tiga kali. Negara lain yang pernah memenangi kejohanan adalah Uruguay, pemenang kejuaraan sulung, dan Argentina dengan dua kali kemenangan. Manakala England dan Perancis, masing-masing sekali.
Piala Dunia yang berikutnya akan diadakan di Brazil pada tahun 2014.



 

No comments:

Post a Comment